Sunday, 13 August 2017

Alhamdulillah diberi masa dan kesihatan yang baik untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara oleh Allah SWT.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada anda semua kerana memilih Bahulu dan Kerepek delight’s sebagai pilihan samaada penguna biasa ataupun sebagai saluran gerbang usahawan.
Bermula pada tahun 2012 kini syarikat telah mencecah usia 5 tahun  yang  mana pada awal penubuhannya hanyalah sebuah kedai menjual bahulu panas dan  kudapan  kepada penduduk setempat berkembang secara berperingkat sebagai penghasil dan pemborong pada tahun-tahun berikutnya.
Berdaftar dibawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) syarikat berpengalaman dalam bidang pemasaran, kawalan kualiti produk, penghasilan dan pembungkusan produk bagi memastikan tahap kualiti yang terbaik bagi menjamin kepuasan pelanggan  pada tahap optimum.
Konsep perniagaan ialah  menjadi “one stop center” kepada produk IKS setempat mahupun luar bagi memudahkan pengguna membeli barangan pilihan disatu  kedai sahaja. Disamping itu syarikat juga menyediakan  tawaran kepada individu-individu yang berminat menjadi ajen /wakil jualan perniagaan dibawah pemantauan syarikat induk untuk melahirkan usahawan IKS baru ataupun menawarkan peluang baru kepada usahawan yang sedia ada .
Akhir kata semoga kita bersemangat tinggi untuk berusaha kearah kejayaan dan sentiasa dirahmati dari Allah SWT.

Abdul Hakim Bin Mohd Radzi (016-4160235,019-4268027)
Pengarah Urasan

Bahulu dan Kerepek delight’s


No comments:

Post a Comment