Tuesday, 29 November 2016

Resipi Kuih Sepit
Kuih sepit ini merupakan kuih tradisional asalnya dari masayarakat peranakan cina. Ianya juga dikenali sebagai kuih rokok arab (bentuk bergulung) dan dilipat segitiga di panggil kuih sapit di Brunei.
Ia merupakan hidangan pemanis mulut yang biasanya dihidangkan semasa minum petang. Diperbuat dari campuran tepung beras, gula, santan dan telur. Kuih ini sangatrapuh dan mudah pecah.
KUIH SEPIT
Bahan-bahan:-
1/2 kg tepung gandum
250 ml santan
1/2 kg gula pasir
minyak untuk menggoreng
3 biji telur
Cara-caranya:-
1. Masukkan telur dalam mesin pengadun dan pukul sehingga kembang.
2. Kemudian,masukkan santan,gula dan tepung gandum dan pukul lagi sehingga adunan tidak terlalu pekat atau cair.
3. Sendukkan adunan ke dalam acuan kuih kapit serta kapitkan adunan tadi dan goreng
dalam minyak dengan api yang sederhana.
4. Setelah itu,keluarkan adunan kuih tadi dan bentukkan mengikut kehendak masing-masing samada digulung atau dilipat.
5. Simpan dalam balang yang ditutup kemas untuk kerangupan yang tahan lama
6. Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment